27 April 2012

Resepi Kuih Qasidah

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


 Selamat malam peeps!! Makan apa harinie??? Kalau tak tahu nak masak apa meh sini honney ajak korang try resepi ini. 30 minit je untuk menyiapkannya. Ringkas dan mudah tapiiiiiiiiii SEDAPPPPPPP!!!



Rasional kuih ini diberi nama kuih qasidah tak diketahui, tapi memang sedap dimakan begitu saja. Terutamanya ketika waktu petang.

Resepi: Kuih Qasidah
Sumber: Bondaku tercinta

Bahan-bahan:-
·  3 cawan tepung gandum
·  1 ½  cawan gula pasir
·  7 cawan air
·  10 ulas bawang merah(dihiris)
·  Sedikit minyak untuk menggoreng bawang

Cara-caranya:-
·  Goreng bawang merah hingga garing. Ketepikan.

·  Bancuh tepung gandum dan gula pasir dengan 2 cawan air sedikit demi sedikit sampai cair.(Jangan samapi berketul, kalau berketul kena tapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk).

·  Letakkan adunan tepung tadi atas api dengan api yang sederhana. Kacau hingga bancuhan tadi pekat dan likat(semasa kacau tadi hendaklah masukkan 5 cawan air tadi sedikit demi sedikit) Pastikan adunan tadi sentiasa dikacau kerana ia akan bergentel-gentel jika tidak dikacau.

·  Kacau hingga masak (dah tahu adunan kuih itu dah masak ke belum, letakkan sedikit di atas piring yang berisi sedikit minyak, kalau ia dah lekang/tanggal atau tak melekat pada piring bila disentuh bermakna dah masak)

·  Griskan loyang anda dengan sedikit minyak.

·  Masukkan adunan tadi, dan taburkan bawang goreng ke atasnya.(optional)


yang nie honney tak letak bawang(taksuke)

·  Sejukkan dan siap dihidang.

--SELAMAT MENCUBA--^^, 



4 comments:

  1. macam rupa ambuyat pun ada . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ini Kisah Tia> ambuyat tu klu mkn gitu je xde rasa pape....kena mkn dgn make-up nye jge..yg nie lain...kuihnye manis2x gitu..

      Delete
  2. fatty liver homeopathic medicine fatty liver homeopathic
    medicine fatty liver homeopathic medicine

    My weblog; moderate fatty liver treatment

    ReplyDelete
  3. Scabicidal shampoo should be used 15 minutes
    on a daily basis. They studied 50 patients and for the first time in my how to get rid of acne life, were seated at long wooden tables noisily comparing notes about
    summer vacations, summer romances, course assignments,
    and teachers. Rosehip Seed Oil To Remove how to get
    rid of acne or how to get rid of acne cystic.

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com