17 March 2012

NOVEL TEMAN SERUMAH

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all



Penulis : ZUERA RASIDDIN
Harga : RM 18.00

Sinopsis
“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”
“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungki perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?

Semuanya terungkap di dalam TEMAN SERUMAH

--NOTA KAKI:- ULASAN   honney  TERHADAP NOVEL INI--   

First word...WOW!! sangat-sangat best, dibeli semasa pesta yang dianjurkan pihak Popular Baca entry INI...Thumbs up kepada penulisnye, Kak Zuera Rasiddin. Tatkala membacanya, ku merasakan seolah-olah cerita benar dan realitinya berlaku disekeliling kita. Overall memang best dan santai ketika membacanya. Memang tak menyesal ketika membelinya dahulu.



No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.