24 March 2012

SUASANA MARKET DI SIBU


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all
Hye peeps!!

Pa polah tek?

Maksudnya, buat apa tu?

Sikda polah papa pun?

Maksudnya, tak de buat apa-apa pun?

Itulah antara perkataan-perkataan bahasa Sarawak yang sering digunakan untuk kegunaan seharian.

Harinie,   honney  nak bawa korang tengok suasana market di Sibu, keluasan dia sangatlah luas, susunan yang sangat teratur. Yang best tempat-tempat menjual pork diasingkan dan dijual pada satu tempat lain
(siap ditutup dengan zink lagi)
Bagus..bagus.. tak de lah pencemaran bau kan.

                                                      
 honney  memang jarang nak turun mencemarkan duli ni, boleh kira dengan jari je setahun berapa kali pergi market ini, biasalah anak dara sekarang buakn macam anak dara dulu kala(SUPER-market layan lah,haha) tapi tujuan utama kali ini adalah untuk melihat satu suasana yang sangat pelik, iaitu menjual ayam hidup-hidup dan disusun rapi siap dibalut surat khabar lagi.
(teruja sangat tatkala mendengar bondaku bercerita, jadi pagi-pagi lagi dia kejut ajak pergi market/pasar)

Jadi, pagi ini dengan rela hati   honney   ikut mak abah pergi market.
Semangat u!!! Gambateh!!

Sampai kat sana, mula-mula pergi tempat sayur dulu, kemudian pergi tempat barang basah beli ikan, ayam dan sotong.

Mata nie asyik meliar nak cari ayam yang dikatakan tue, tak jumpa-jumpa juga akhirnya

“Mak, mana ayam tue???”

“Kat depan sana tue
(sambil menunding jari ke satu arah yang tidak ku ketahui)”

Dalam hati, sabar jelah.

Dari tadi asyik berjalan ke sana ke mari. Tiba-tiba mak bersuara

“Nak tengok ayam tak??”

Ku tengok jam tangan dah pukul 10 lebih(mak aihh sejam setengah dah kat sini) perut pun dah berkeroncong nie

“Next time jelah mak, jom balik la.”

“Kejap lah, sayur tak beli lagi nie”

Dengan malasnya ku berjalan mengekori mak.

“Mak, mintak duit nak beli sayuran.”

Tanpa berlengah ku pilih sayur macam biasa.

Sampai di satu simpang tiba-tiba je mak abah stop. Mak bersuara

“Tengok tu
(sambil menunding kearah bungkusan yang disusun cantik)”

Dalam hati ku bersuara ‘macam kepala ayam’

“Tue lah ayam yang mak habaq qitu
(nak keluaq dah loghat kedah dia) ”


Apa lagi, tanpa malu-malu ku pun keluarkan kamera yang memang dibawa dari awal lagi..

--klik,klik,klik--  

Amacam, mau beli tak???





Toleh belakang jumpa benda ini plak

ULAT SAGU/ULAT SARAWAK

Bukan untuk tanyangan atau hiasan tetapi untuk di jual
--klik,klik-- 



tengok gambar memang korang rasa biasa je, meh tengok video pendek yang sempat dirakan nie, confirm di jamin korang akan geli gelaman tengok badan ulat nie yang bergerak-gerak




Hairan orang tengok, masuk market pun nak tangkap gambar kan(adakukesah)

Jalan lagi, akhirnya berhenti di satu tempat(penat dehh,perut laporr plak)

Mak dan adikku berjalan meninjau kawasan, sementara ku dan abah menunggu bagaikan patung cendana.

Mata melilau tengok orang menjual dan tangan pantas

--klik,klik--



Abah ku bersuara, “Hah nielah belacan sibu, tak berbau”
Dengan nerd nya kupun pergi bau belacan tu, “Yalah tak berbau pun”
Tengok harga dia.

Gulp,, sekilo RM 32(mahal bebeno,boikot la)
 





0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com