2 March 2012

PETUA MEMUTIHKAN GIGI YANG KUNING

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Sekian kalinya, pada pagi ini  honney  hendak buat satu penambahan info dalam entry-entry dalam blog WB(wadah bicara), iaitu tentang petua-petua yang selalu  honney   amalkan dalam kehidupan (kalau perlu).

Petua sebegini telah sinonim dengan orang-orang tua dahulu yang mana mereka terlalu arif dalam penggunaan ubat-ubatan herba mahupun petua-petua tradisional. Maklumlah jika dibandingkan dengan era sekarang memang lah jauh perbezaannya, klinik-klinik swasta bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tidak seperti dahulu kala dimana jarak untuk keluar mendapatkan rawatan sangatlah sukar.

Kali ini,  honney  nak kongsikan petua untuk memutihkan gigi yang kuning, 101% selamat dari bahan kimia. Modal pun sesangatlah murah. Apa lagi moh ler kito mentry-nye..

MEMUTIHKAN GIGI YANG KUNING

                          




I) Arang Kayu

Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini. Tapi nenda  honney   nasihatkan lebih baik guna arang kayu buatan sendiri(lebih ori katanya)
2. Lemon dan Garam






Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejemput garam halus atau garam kasar. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi. TAPI..TAPI..jangan gunakan ketika mulut anda mengalami ulser kerana peritnya anda tidak akan terganggu.

3. Kulit Limau

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi(nampak macam kelakar tapi berkesan++)


...SELAMAT MENCUBA^^,...





1 comment:

  1. teringat org tua dulu2 guna arang.. mmg berkesan lah ni ae

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.