10 March 2012

PETUA MEMICIT JERAWAT


  

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Semakin meningkat remaja begini, mesti ramai remaja tak kira perempuan mahupun lelaki pasti ada yang suka melakukan perbuatan sebegini kan..


SAYA: Cepat..cepat..angkat tangan dan kaki.

AWAK: erghh..macam mana tu..(kerut dahi)

SAYA: Lu pikirlah sendiri!!(pinjam ayat nabil jap)

Langkah Pertama: Cuci tangan anda dahulu. Ini sangat penting dan pastikan anda cuci tangan dengan sabun, bersihkan bawah kuku. Ia untuk mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

Langkah Kedua: Cuci muka anda dengan pencuci muka yang ada bahan antibakteria. Jika wajah anda masih ada make-up, gunakan “make-up removal” dahulu. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh dan make-up). Jika anda tidak bersihkan muka anda dahulu dan terus memicit jerawat, bakteria dari luar akan masuk ke dalam kulit.


Langkah Ketiga: Scrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan proses memicit jerawat.

Langkah Keempat: Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum anda memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.

Langkah Kelima: Cari ‘mata’ jerawat, picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk memastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat kecuali waktu anda ingin lapkan isi jerawat yang terkeluar. Jangan terlampau memicit. Dikhuatiri akan meninggalkan parut.

Langkah Keenam: Dapkan toner ke bahagian jerawat, atau anda boleh juga gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat. Anda juga boleh steam muka dahulu sebelum memicit jerawat bagi membuka liang pori. Dengan cara ini akan memudahkan anda memicit jerawat.

Lepas nie tak ada lagi lah sesiapa yang terkerut-kerut dahi untuk menahan sakit tatkala memicit jerawat tue..




*Ini cara moden..nak tahu cara tradisional lagi menjimatkan wang anda..tunggu entry seterusnya..>..cakedout..<

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.