17 March 2012

PETUA MERAHKAN BIBIR


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Hello..Hello

honney nak kongsi kan beberapa petua mudah untuk para gadis di luar sana untuk merahkan bibir anda itu sekaligus melembabkannya dan nampak ia seperti natural beuty gitu..
>ahaks<
macamana ye???

Bukan guna pelembab bibir, lipice, lipgloss, lipstick (berapa banyak lips daaa)

i)HALIA

Ok, caranya mudah sekali, korang pergi dapur cari halia yang mak korang buat masak tu tak pun pergi korek tanah

(kalau ada sesapa yang tanam lah, tak de takyah lah nak korek).

Dah ambil???

Kupas kulit dia dan tumbuk atau ketuk terpulang pada cara masing-masing, kita hanya nak hampas dia sahaja, kemudian sapukan hampas dia pada bibir secara perlahan-lahan setiap hari (terpulanglah nak sapu bila pun,sesuai sebelum tidur lah sebab masa tidur takde buat pape dah kan). Amacam senang tak???

ATAU

ii)MADU

Madu???bukan madu 4 ye, itu dah keluar topik sudah..ini madu lebah..

Tahu..tahu..tahu..

Bagussss…

Sekarang pergi cari madu, kalau ada sarang lebah pergi jolok ambil madu
(nak mampussss???pergilah)

Bonus untuk peminat madu, sape takde stok madu cepat-cepat pergi beli nanti stok habis sebab ramai kaum hawa pergi serbu beli semata-mata untuk merahkan bibir mereka
(fulammak agak-agak boleh masuk BOOKS OF RECORD tak???)

Madu di tangan kananmu, racun tak mahu..lalala

Anda ambil sedikit madu tersebut dan oleskan pada bibir anda tersebut, lakukan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang mantoppp!!
Confirm merah bak delima. Sesuai untuk bibir yang cepat kering dan pecah.

ATAU


iii)UBAT GIGI

Rasanya semua ada ubat gigi kan, mungkin halian dan madu  takde dalam simpanan tapi  honney  pasti anda mempunyai stok ubat gigi kalau takde juga..

(ko tak gosok gigi ke??gosok pakai arang ekk)

Sama seperti cara yang pertama dan kedua, tapi disarankan pakai sebelum tidur
(tak kisahlah jenama apa colgate ke darlie ke safi ke asalkan keturunan asalkan dia sama kutu atau sekutu dengan UBAT GIGI)

ATAU


iv) BUTTER @ PLANTA

Hah jangan rasa pelik bin ajaib plak, jangan buat muka perak sudalah. Memang bunyi pelik dan rasa macam tak pernah dibuat orang tapi  honney pernah buat so nothing impossible. Cara dia sama juga macam nombor i-iii, juga perlu sapu atau oleskan pada bibir mungil anda itu secara berterusan(diingatkan jangan telan atau jilat-jilat tapi kalau buat juga tak mati pun tapi rasanya tak semanis madu lah dan tak sepahit hempedu. Nak try pergilah jilat). Cara ini sekaligus akan menyebabkan bibir anda akan sentiasa lembab dan tak mudah kering.


Konklusinya, disarankan kita boikot lah jenis-jenis lips semua tu, cuba beralih kepada cara tradisional yang 101% selamat digunakan dan nyah dari sebarang bahan kimia. Gunalah tanpa rasa was-was..





2 comments:

  1. wink2, nasib semua bahan2 ni ada kat rumah, boleh amalkan. hihi :D

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com