31 March 2012

NOVEL SAAT CINTA BERSEMI

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all



Penulis: Damya Hanna
Harga : RM 19.90

Sinopsis

BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang. 


Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak. 



Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?



Semuanya terungkap di dalam SAAT CINTA BERSEMI

--NOTA KAKI:- ULASAN  honney  TERHADAP NOVEL INI--
Terdapat sedikit kekeliruan pada novel ini tentang bagaimana Dhuha dibesarkan oleh abangnya, sedangkan abangnya Badrul perbezaan umur tidak diketahui dan Badrul pandai menghantar Dhuha ke sekolah hingga pandai. Adakah dibesarkan bersama2 tanpa kedua ibu bapa.Kemudian tentang keluarga Abdul Rahman yang berpindah semata2 ingin melarikan Dhuha supaya tidak dicari oleh bapa kandungnya dan tanah tersebut terbiar, siapakan empunya rumah dan tanah tersebut. Sekiranya kematian Abdul Rahman dan isteri dalam kemalangan, tentu ada harta tersebut untuk diberi pada Badrul.Badrul pula terjebak dalam kancah dadah dan gangster kelab malam. Dhuha juga telah dijadikan mangsa melayan kawan Badrul, tetapi tidak diberitahu adakah Dhuha melayan hingga ke bilik tidur, dan ketika itu dia masih bersekolah? Atau setelah menjadi pencuci bilik hotel, tetapi dia baru sahaja bekerja di situ. (dan malang sekali dia pernah dibuang sekolah - tanpa mengambil SPM setelah difitnah Syamir)..Syamir pula seorang lelaki ego, yang pernah belajar ke luarnegara, dan dalam tempoh itu, apakah Dhuha telah buat? bekerja atau belajar atau duduk dirumah.. menjadi mangsa kawan Badrul?.

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com