31 March 2012

NOVEL RELA KU MENANTI


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`

Salam 1 Malaysia y'all


Penulis: Damya Hanna
Harga : RM 19.90

Sinopsis

Novel beliau ini pasti menggamit perasaan anda dan sudah pasti anda tidak sabar membacanya sehingga tamat. Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.

Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.

Siapakah pilihan hati Nurin? 
Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? 
Siapa pula yang terluka hati?

Semuanya terungkap di dalam RELA KU MENANTI

--NOTA KAKI:- ULASAN  honney  TERHADAP NOVEL INI-- 
Melihatkan tajuk sudah boleh membuat kita mengagak yg kisah cinta ini akan mengambil masa yang amat panjang utk bersatu. Bagi saya watak Nurin yang melengah-lengahkan peluang dia utk bersama Zamil. Tiada sebab yg kongkrit mengapa mesti dia menolak Zamil sedangkan dia lebih dari tertarik kepada Zamil tu. Entah kenapa she keeps telling herself yang dia tak cintakan Zamil.Walaupun cuba menjadikan kisah ini sarat dengan emosi tapi tak de pulak scene yang cukup menghibakan. Apa-apa pun happy ending dan true love wins.Mengisahkan Nurin Aina yang sentiasa disalah ertikan kehadirannya dlm hidup mana2 lelaki. Persahabatannya dgn Luqman membuatkan Liyana cemburu dan memutuskan persahabatan dgn Nurin. Hubungan kerja yang makin erat dengan Zamil membuatkan Mylia melupakan Zamil dan mencari kasih baru. Nurin yang pernah menjadi istimewa dlm hidup Khairul menjadikan Asmah, isterinya, curiga walaupun perasaan itu cuba ditolak jauh apabila mengetahui cinta Khairul pernah ditepis Nurin. Namun hati wanita Asmah tetap sakit dan dicucuk cemburu. Zamil sentiasa cuba mencuri perhatian Nurin dan berjanji Nurin akan jatuh cinta padanya. Sebenarnya, Zamil ngan Luqman adalah kembar seiras.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.