31 March 2012

NOVEL ILHAM HATI


`•.¸.¸¸.•*
❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Penulis: Damya Hanna
Harga : RM 19.90

Sinopsis

RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

Semuanya terungkap di dalam ILHAM HATI

--NOTA KAKI:- ULASAN  honney  TERHADAP NOVEL INI-- 
Kisah kehidupan rian dan hanif…rian merupakan pesakit Retrograde amnesia…berlaku selepas dia berkahwin dgn Hanif..bukan insan yg dia cintai..begitu juga dgn hanif…akibat lupa sejarah yg lalu…rian merubah menjadi yg terbaik di mata hanif walaupun hanif terlalu byk agenda yg ia hendak lakukan…nk TAHU???? Belilah,dapatkan segera dipasaran…aku Cuma coretkan bait2 dialog yg ada dlm babak novel ini….tp xleh byk erk…

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.