18 March 2012

NOVEL CINTA KAU DAN AKU

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Penulis : SITI ROSMIZAH
Harga : RM 19.90

Sinopsis

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya??

Can a tomboy accept the love of a man who is also her boss?

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. 
Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya? Semuanya terungkap dalam Novel Cinta Kau dan Aku.

--KAKI NOTA: Ulasan  honney   terhadap novel ini-- 

Selepas membaca novel pertama penulis ini, maka ianya membuatkan  honney  teruja untuk membaca novel yang ke-2 ini dengan harapan ianya juga akan lebih menyanyat hati dari yang pertama. Tapi setelah membacanya, pada permulaan cerita ianya biasa-biasa sahaja. Kisah yang berkisar tentang kehidupan yang dilingkungi dengan perasaam kasih sayang, hasad dengki, tamak haloba, suka, duka dan lain-lain. Memang terkhayal seketika tatkala membacanya, terutamanya semasa membaca babak-babak seterusnya antara Farish Hakimi dan Nur Farisha Iman yang sedang dilamun cinta pandang pertama, berkasih dan sayang, kahwin dan cerai. Diselit pula dengan watak Milah, Zack Kapchai, Cikgu Zulhilmi, Farah dan Suraya sebagai penambah rencah dalam jalan ceritanya. Semuanya berkisar tentang ragam-ragam manusia. Perbezaan umur tidak membataskan percintaan antara Farish Hakimi dan Nur Farisha Iman. Benarlah LOVE IS BLIND. Cabaran dalam kehidupan ianya bagaikan kopi dengan gula, saling memerlukan bagi menceriakan kehidupan. Begitu juga dalam kehidupan pasangan Farish dan Farisha, dari perkahwinan yang bahagia, menyulam bibik-bibik cinta didatangi oleh manusia yang berhati iblis iaitu watak Farah dan Suraya yang sentiasa mengucar-kacirkan keturunan nabi adam tidak pernah berhenti-henti untuk memisahkan pasangan suami isteri ini dengan pelbagai tohmahan fitnah yang mana telah mengorbankan satu nyawa yang tidak berdosa.

à Nak tahu lebih lanjut korang kenalah beli novel ini  ye. Cepat dapat novel ini di pasaran.


2 comments:

  1. @Nabila Aziz

    Best...cerita dia santai..plus gerampada watak suraya dan farah yang cuba meruntuhkan masjid farisha dan farish.

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com