18 March 2012

NOVEL BUKAN HANYA SESAAT

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Penulis : AINUL HAZRAH
Harga : RM 21.00

Sinopsis
PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.


Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya.


Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.

--NOTA KAKI:- ULASAN  honney  TERHADAP NOVEL INI--   



Ini novel karya kedua Ainul Hazrah. 1st Tak secantik husna. Novel tu nanti honney akan ulaskan. Kalau tengok kat cover novel kali nie ada sedikit kelainan iaitu dekat love tu ada prada tau yang kilat-kilat tu.. berkali-kali honney pegang-pegang. Suka sangat letak jari usap-usap kat situ.. Orait novel ni boleh tahan sedih juga, mau mengalir juga airmata nie walaupun tak sederas ketika membaca novel Andai itu Takdirnya. Actually novel ini tak berat sangat..mean tak baca mengugat perasaan kita as reader tapi masih kekalkan sentimental value sedih.

Watak hero adalah Arief, perwatakkan yang sanagt berbeza dari watak hero yang lain iaitu kerja dia nak marah tak tentu pasal je...tak reti fikir...suka serkap jarang. Orang macam nie memang tak sedar diri la. Watak hero nie den tak minat. Menci tau!! Manakala watak heroin pulak nama dia Maryam. Perwatakkan yang sangat tabah dia bukan kepalang, sanggup dia sabar walaupun apa pon suami dia buat macam-macam, jarang nak jumpa di dunia realiti kini. Novel bolehlah.

Tetapi novel nie agak tergantung ceritanya dimana watak adik hero iaitu Athirah, ending dia tak tahu apa kesudahannya. Jadi kahwin ke tidak?? ke honney yang terlepas pandang??..tapi honney tak perasan pon??.. honney  semua, word by word. Sure tak ada yang ter-miss ler. Ermm, penulis kena lebih alert.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.