18 March 2012

NOVEL AKULAH CINDERELLA

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all



Penulis : NOZI DANISYA
Harga : RM 18.00

Sinopsis
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga  ibu kepada Shafiq.  Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?


“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”



“Apa dia? Aku buat apa?” 


“Kau luku kepala aku tu kenapa?”


Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya

--NOTA KAKI:- ULASAN  honney  --    

Novel ini sangat menarik ceritanya, iaitu menceritakan tentang Nur Aisyah dan adik-beradiknya yang telah bergelar yatim piatu di usia yang sangat muda dan mereka hampir dihantar ke rumah kebajikan disebabkan Aisyah masih dibawah umur jadi dia tak boleh menjadi penjaga kepada adik-adiknya. Tetapi segala-galanya bertukar pabila datang seorang insan yang berhati mulia sekaligus mengambil Aisyah dan adik-adiknya menjadi anak angkatnya dan memberikan segala kemewahan yang mana sebelum ini mereka tidak pernah merasainya. Nak tahu lebih lanjut korang kenalah beli dan baca sendiri, kalau sumenye  honney  cerita nanti kesianlah dengan penulis dan penerbit karya ini.>hehe<

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.