NOVEL DOSA SEMALAM

Penulis : ADILLA TASHA
Harga : RM 19.00

Sinopsis
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.

Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM…. 



--NOTA KAKI:- 

--Ulasan  honney  terhadap Novel DENDAM SEMALAM--

Novel yang bagus untuk dibaca dan mengandungi pengajaran dan ikhtibar iaitu kita jangan sesekali mempercayai orang lain walaupun orang tersebut rakan taulan kita ataupun rakan sekerja. Terutamanya bagi kaum hawa seperti mana yang berlaku pada watak HANIM didalam novel ini yang mana dia beranggapan bahawa ARIFF DANIEL dapat melindungi dirinya dan beliau telah jatuh hati terhadap perwatakan lelaki tersebut yang menjadi bos ditempat kerja mereka tetapi malang tidak berbau apabila satu kejadian hitam yang telah meragut kesucian HANIM sebagai gadis yang suci sebelum ini gara-gara kebencian ARIFF DANIEL terhadap kecurangan yang dilakukan oleh teman wanitanya iaitu SHERRY.  Akibat daripada kejadian tersebut  HANIM  telah diusir keluar oleh bapanya sendiri akibat takut akan tohmahan yang bakal mereka hadapi  apabila dia disahkan hamil akibat perbutan keji tersebut dan Ariff telah menghilangkan diri tanpa dikesan . Disini kita dapat lihat pengorbanan seorang kawan yang mana kawan lama  HANIM  iaitu   IZAN kembali memberi semangat kepada  HANIM  untuk meneruskan kehidupannya sebagai ibu tunggal sebelum sampai masanya. HANIM telah dihantar ke Rumah Kasih Sayang kepunyaan keluarga IZAN untuk diberikan didikan agama dan sebagainya.


           Akhirnya, mestilah happy ending kan. Tapi sebelum  HANIM mencapai kebahagian pelbagai kejadian berlaku dimana Ariff kembali semula setelah hampir setengah dekad menghilangkan diri tetapi sebenarnya dia juga tidak pernah berhenti menjejak langkah Norin dan anaknya setelah mengetahui  HANIM hamil. Ariff kembali untuk membersihkan maruah HANIM.


àNak tahu lebih lanjut korang semua mestilah kena beli sebuah kan. Memang puas hati lah. Semalaman honney  baca sampai habis, sanggup tak tidur u..(ahaks)







No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)