15 January 2012

MANDI MALAM vs MANDI SIANG???

SELAMAT MALAM..GOOD NIGHT..
....ASSALAMUALAIKUM....

Pagi tadi NHR  terbaca artikel di surat khabar UTUSAN MALAYSIA tentang MUDARAT  MANDI   MALAM .   Perkara yang gemar NHR lakukan ketika di waktu malam, terutamanya sebelum tidur.


 Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?   

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau

 *nak tahu info yang lebih lanjut tengok sini CEPAT...CEPAT

Tetapi macam mana pula sebilangan orang tua-tua dahulu selalu melarang anak-anak mereka mandi ketika waktu malam??

Kadang-kadang mak-mak kita selalu kata "jangan mandi malam-malam..nanti jatuh sakit.."

MANDI MALAM??? tak boleh ke??? 
AMARAN!
Marilah kita hentikan tabiat mandi malam bg sape2 yang suke mandi malam.Sebelum ni pernah je dgr pasal keburukan mandi malam2 ni..

Kesan buruk mandi malam,malam tu maksudnye bermula dari waktu mangrib ye tuan-tuan dan puan-puan.Maknanya,kalau ikut waktu   NHR tengah update entry ni dah pukul 23:00,sapa-sapa yangg mandi lagi tu ,memang tak elok untuk kesihatan.

Kenapa mandi malam x elok?? haaa..sebabnya,bila anda mandi malam, air akan terkumpul sikit dalam paru-paru disebabkan oleh kondensasi wap air di dalam alveolus paru-paru .Makin kerap mandi malam,makin banyak air terkumpul dalam paru-paru sampailah satu tahap, anda akan merasai simptom-simptom seperti berikut:

  • Tapak tangan lembab 
  • (sesiapa yang tangannya selalu lembab itu kes lain ye..JANGAN CONFIUS)
  • Selalu mengah-mengah dan cepat penat
  • Alah dgn sejuk.bila sejuk je nanti dia cepatmengah
  • Tapak tangan dan hujung jari jadi biru atau kurang warna merah

Bila jadi seperti ini,mudahlah kita mendapat penyakit paru-paru berair..wallahuallam..ini apa yang NHR perolehi dari blog saudari Miza Azmi..minta share ye info nie akak..

Kesimpulannya.....lebih baik kita semua mandi sebelum magrib..lebih afdal dan menjamin kesihatan..

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.