23 January 2012

RESEPI KEREPEK POPIA

Selamat Sore sume..

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Petang-petang nie kita  makan kerepek sambil tengok TV pun sodap juge ye..tambah-tambah kerepek popia nie..spicy-spicy tapi yang pentingggg..SEDAP..cara nak buat dia pun ringkas sangat2...


Bahan-bahan:-
1 peket kulit popia (saiz kecil )
2 bawang merah(tumbuk)
1 bawang putih(tumbuk)
2 sudu besar minyak masak
2 senduk cili mesin(kalau suka pedas tambah lagi sukatannya)
sedikit gula dan garam

Cara menyediakan gam:
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam)

Cara-caranya:-
   1.      Gulung kulit popia satu-satu dan gam di hujungnya.
   2.      Gunting serong setiap satu. (seperti gambar dibawah)
   3.      Goreng dalam minyak penuh hingga keemasan.
   4.      Angkat dan toskan sebentar. 
   5.      Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
   6.      Masukkan cili mesin.
   7.      Agak-agak cili tadi dah masak masukkan sedikit gula dan garam
   8.      Akhir sekali, masukkan popia yang sudah di tos tadi.
   9.      Siap untuk dihidang. selamat menjamu selera.


--SELAMAT MENCUBA--^^,

3 comments:

  1. macam mana nk gam kt hujung kulit popia tu??? guna air ke

    ReplyDelete
  2. @DAIRI FARISHA Cara menyediakan gam:
    2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.