31 December 2011

RESEPI NASI AYAM MASAK MERAH ala kenduri




Harinie angin monsun kerajinan melanda lagi diri den ini..walawei..tak sangka akhirnya dapat gak honney hasilkan ayam masak merah mcacam mkn kat rumah kenduri tu setelah puas honney godam-godam tenet cari resipi (tak sia-sia usaha den)..hehe....syiokk habis u...so arinie makanan utk breakfast cum lunch adalah nasi ayam merah....layannn..^^,..nasi ayam plak sama je macam Nasi Ayam Simple tu... 



RESEPI: AYAM MASAK MERAH ala kenduri
SUMBER : My Recepi.com

Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • 1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng) [honney guna  
    ½
     
     ekor je..]
  • cili mesin(cili kering yang telah di mesin bersama bawang putih dan bawang merah..  honney    guna lebih kurang dlm [email protected] senduk nasi)
  • 1/2 botol sos tomato [  honney   guna maggi punye..lebih sedap] kalau suke rase tomato lebih boleh letak lebih tapi jangan terlebih suda..nanti masam la plak..
Bahan utk menumis:
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang kecil (ditumbuk kasar)
  • 1 inch halia (diketuk)
  • 2 btg serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil buah pelaga [ honney tak letak pun...tak de dlm stok]
  • sedikit gula dan garam
  • sdikit daun bawang ditabur untuk hiasan
  • Minyak utk menumis
  • 1 cawan air (untuk kuah)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • buah tomato atau nenas (optional klu suke)[ honney tak letak pun]
Cara-cara
1.     Mula-mula  ayam td di goreng dahulu. Setelah habis digoreng, ketepikan.
2.     Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.
3.     Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
4.     Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suke kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak-agak la yer..ikut sedap..
5.     Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suke, boleh jugak masukkn nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.
6.     Setelah siap dimasak, bolehlah dihidang dan ditabur daun bawang di atasnye. Siap utk dimakan....senangkan....            

-SELAMAT MENCUBA-^^,

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.