5 August 2011

RESEPI KUIH TAKO atau KUIH PELITA


2 hari yg lepas honney buat KUIH TAKO. Kuih tako nie pun adalah salah satu kuih yg popular kat Johor, kalau bulan posa tu.. kalau kita jalan kat bazar ramadhan tu mmg ramai orang yg jual kuih tako ni. Buat kuih ni sangat senang dan rasanya pon sedap...lau kat KEDAH ktorg panggil Kuih Pelita..that y tajuk ku kali nie KUIH TAKO a.k.a KUIH PELITA 

masak sampai pekat..sampai dia letup2x..

Kuih ni di buat menggunakan tepung Jagung dan ada juga segelintir org guna Hoen Kwe. Tak payah nak kukus2. Masak aje atas dapur pas tu tuang aje dalam bekas2 comel tu...(ikut kretiviti anda la..lau rajin blh letak dlm bekas yg di buat dari daun pandan yg berbentuk 4 segi 2)..Kalau nak buh dalam gelas pon ok jugak tapi macam hilang lah pulak keseniannya tu kan... Pandai aje orang2 ni mereka2 kuih... bijak-bijak... memang bijak!!


Kuih ni ade inti kat dalam dia. Diletakkan sengkuang untuk menambahkan rasa kesedapan kuih ni.. kalau kita makan tu bila tergigit sengkuang tu.. uii.. sedapnya.. best kan..!! Tapi kalau susah nak dapatkan sengkuang  boleh gantikan dgn buah Pear. Cari yg agak keras sikit supaya, bila kita tergigit tu dia rangup..kalau susah sgt boleh letak jagung dlm tin 2 je terus..lagi mudah dan senang..MAKE IT AS SIMPLE U CAN!!ok..

Macam mana nak buat kota-kotak tu?? Ok nanti honney   tunjukkan macam mana nak buat kotak dia tu.. senang aje.. jom kita tgk dulu bahan2an yg kita perlukan tuk buat kotak yg comel-comel ni..



nie antara bahan2 yg diperlukan..

nak ukur saiz kotak nie.(terpulang pada anda)

dh nampak bentuk..boleh la di steplerkan..
 RESIPI:-

Bahan-bahan bahagian bawah :
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan gula
1 camca besar pandan emulco
1 biji buah pear - dipotong dadu kecil2
Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah pear. Kacau hingga tepung jagung larut sepenuhnya.
  2. Masak di atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan mendidih.
  3. Masukkan buah pear dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih tako.

Bahan-bahan bahagian atas :
1 cawan tepung jagung
7 cawan santan - saya gunakan 2 cawan susu segar + 5 cawan santan
Garam secukupnya
Cara-caranya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan.
  2. Masak di atas api sederhana besar sehingga pekat dan mendidih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukkan.















0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com