26 June 2011

RESEPI MURTABAK MINI

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


MURTABAK MINI
Angin rajin sudah melanda diri  honney  pagi nie...tiba-tiba rasa nak wat murtabak mini nie...hari khamis lepas dah buat tp tak sempat nak tangkap gambo adik-adik dah makan habis..huhu...so pagi tadi den buat sekali lagi untuk bagi ayahanda tercinta rasa plak..haritu dia pergi kerja so hujung mingguu macam nie baru dia cuti....apa lagi..time to mengisi perut la...yok kita check bahan-bahan yg perlu..



Resepi Murtabak Mini
Hidangan untuk 5-6 orang

Bahan A (Kulit Murtabak)
  • 5-10 keping kulit popia
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti Murtabak)
  • 350 ubi kentang
  • 100g daging ayam cincang/daging burger
  • 1/2 biji bawang besar kuning /holland
  • 3 sk serbuk kari babas
  • 1 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 sk garam (anggaran)
  • gula dan perasa
  • sedikit minyak
  • 2 biji telur
Cara Membuatnya :
  1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan di potong dadu kecil.
  2. Bawang besar di dadu kecil.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bawang besar sehingga wangi dan layu.
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan daging ayam cincang. Kacau rata.
  7. Bila daging agak masak masukkan kentang dan air.
  8. Kacau sebati, bila air separuh kering masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  9. Kacau sehingga air agak kering.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
  12. Masukkan inti kentang tadi dan kacau sebati. Boleh tambah bawang besar yang dihiris nipis jika suka.
  13. Ambil sekeping kulit popia.
  14. Sudukan 2-3 sudu besar inti kentang ke atas kulit popia.
  15. Lipat menjadi segi 4 supaya semua inti tertutup di dalam kulit popia.
  16. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  17. Masukkan murtabak. Bila dah masak, balikkan.
  18. Angkat murtabak bila sudah masak.
  19. Teruskan langkah 13 sehingga inti habis..
Sedap di makan bersama kari ayam/daging atau kuah cuka...ataupun mkn bersama inti yg lebih tu...sedap juga..hehe
-SELAMAT MENCUBA..^^,-




No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.