7 August 2012

Resepi Biskut Mama Carey versi my head...

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all



Semenjak dua menjak nie  honney  suka menghabiskan barang-barang mentah my bonda kat dapur tu dengan mencuba pelbagai resepi...termasuk la resepi yg  honney try petang tadi..berkobar-kobar nak wat dari 2-3 hari lepas lagi tapi masa tak mengizinkan..biskut nie banyak kat pasaran tambah-tambah nak dekat raya nie..biskut nie lau tengok kat pasaran sume comei-comei lote je..geram je nak makan..nak beli harga mak aihh macam tak berbaloi plak nak makan..baik den buat sendiri je kan..bila dah wat...mak aihh penatnye...hmm biasalah lumrah manusia kan kuat mengkritik+mengomel..sabo jelah~...hehe..k  honney   tak mau ckp banyak-banyak..cuz ari pun dah lewat petang nie, jap lagi dah nak berbuka...yok kita check bahan-bahan untuk menghasilkan biskut yang    honney   wat nie..btw  honney   wat  versi lain sikit, disebabkan acuan "love" tak ada dalam simpanan jadi terpaksa guna acuan lain lah untuk buat biskut nie..yok lihat....taraaaa 



Resepi: Biskut Mama Carey versi my head
Sumber: Kak Wan

BAHAN-BAHAN
Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila 


Bahan B - di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu


Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
Hiasan :  Coklat emulco / manik hundred thousand 


Cara-cara :
1.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2.  Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
3.  Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai.  Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4.  Bakar biskut setengah masak selama 10 minit.  Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
5.  Bakar semula selama 15 minit hingga masak.


6.  Membuat Aising :  Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik.  Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut...(atau plastik)..guna jari pun boleh.



~SELAMAT MENCUBA~
^^,

4 comments:

  1. wahhh very2 yummy!!! kite nak satu!! hak3~ tapi nis, this one u punye resipi sendiri ke? kalau resipi org lain, u kene bagi credit. means, kena bagi link yg awak copy resipi tu. sbb nnt tuan empunye resipi tu marah.

    ehh nis, cam kenal je header blog awak tu? awat lebih kurang same ngan saya, sweet sour. buat la kelainan sikit gune kreativiti sendiri. x syok lah kalau same. hmm :(

    ReplyDelete
  2. thanks..raya t mai umah..hehe..btw niat d hati mmg nak link..tp xreti..gpun resepi nie sy copy paste then print...xingt dh empunye dia yg mne satu..huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com